Bismillah... moga apa yg dicoretkan mudah2an tercatat sebagai amal kebajikan..buat meraih pahala sebanyak mungkin dan mencari redha Allah... Dialah sebaik2 Perancang :)
hari ni nk nulis ttg solat jemaah... apa kelebihan yg kita dpt klu solat secara berjemaah...
Rasul Allah SAW bersabda yg bermaksud:
"Dari Ibnu Umar R.A beliau berkata bahawa Rasul Allah SAW bersabda: Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat berseorangan sebanyak dua puluh tujuh (27) kali ganda (darjat)."
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
antara hikmah atau kebaikan solat berjemaah:::
a) generasi muda dan tua akan sama2 berkumpul, miskin dan kaya, yang berpangkat (mulia) dan tidak, semua orang akan berkumpul di masjid untuk solat berjemaah.
b) di masjid, mereka akan saling bertanya khabar, bersua muka, bertukar pendapat dan banyak lagi, mengikut keperluan masing2..
c) di tempat berjamaah ini, yang kaya dapat memperhatikan yang miskin, dan yang dekat dapat bertemu yang jauh.
d) dengan berkumpulnya mereka di situ, masing2 dpt memberi pandangan dan sedar menyedari, yang kaya mungkin akan berasa kasihan pada yang miskin, yang tinggi darjatnya akan menyayangi yang rendah.
e) dari sini akan timbullah perasaan sayang menyayangi sesama umat Islam.
demikianlah antara kelebihan solat berjemaah.
"Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perkara mungkar dan keji"..
wallahua'alm..
#SENYUM :)


No comments:
Post a Comment